Sunday, March 27, 2011

HIJRAH SATU KEMESTIAN

Sering daku terkenang
Hijrah Gemilang
Merubah kehidupan
Gelap menjadi terang
Berguguran airmata
Tidak ku rasa
Meski bibir tanpa suara
Kuterus berdoa

Biar nafas menjadi lelah
Ku pasti hijrah kerana Allah
Biar kakiku terasa lemah
Menyusuri ketentuanMu ya Allah

Pengorbanan abadi menerangi diri
Hijrah bagai hujan menyuburi hati
Hijrah satu kebenaran satu kenyataan
Hijrah satu kemenangan musafir perjuangan

Ku pasti Hijrah kerana Allah...