Thursday, September 17, 2009

SALAM AIDIL FITRI
Sempena Aidilfitri ini..
Jadikanlah
HATI kita..
Jernih, sejernih air di kali
Cerah ,secerah MENTARI
Mesra, penuh kemesraan
Sayu dan penuh simpati
Ramadhan pergi sedih dirasa
Sucikan diri dari salah dan dosa
Aidilfitri sama dirai
Tanda kemenangan Umat Islam
Di bumi..
Raihlah RAHMAT & BERKAT Ilahi.

Wednesday, September 16, 2009

RAMADHAN MENGHILANG SYAWAL BAKAL MENJELANG

Syukur alhamdulillah Ramadhan kali ini aku masih diberi kesihatan dan kekuatan menjalani ibadah dan aktiviti harian dengan seribu keinsafan , bahawa ramai sekali di luar sana, lebih cekal dan tabah melalui segala keperitan. Kesedihan terpisah dengan insan-insan tersayang terubat bila mengingatkan , rahmat dan nikmatNya yang terus dapat aku rasai.
Buat Ilah , anakanda yang jauh, mak doakan sihat dan dalam peliharaan Allah sentiasa hendaknya.
Selamat Menyambut Hari Raya dengan kawan-kawan . Sentiasa bersangka baik dengan kawan-kawan. Sama senang dan sama susah.

Thursday, September 10, 2009

PENGALAMAN BARU MENGINSAFKAN DIRI

Seminggu berlalu aku lalui pengalaman yang sangat berharga. Itulah namanya ketentuan, yang selama ini sentiasa cuba kita elakkan , terpaksa juga dihadapi. Itulah juga namanya suratan meskipun kita tak rela namun takdir mengatasinya.
Apa ya sebenarnya pengalaman tu?
Menjadi ketua pengawas UPSR di SK Kamunting yang calonnya seramai 146 orang. Risaunya bukan kepalang. Mana tidaknya hampir berbelas tahun mengelakkan diri dari jadi pengawas pep. sebab anak-anak hadapi pep. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.
Benarlah keyakinan yang sentiasa menjadi pegangan hidupku,
"Mudahkan orang Insya"Allah akan memudahkan kita".
Ramai yang sudi membantu . Terima Kasih tak terhingga kepada timbalan dan semua pengawas yang banyak membantu juga rakan ketua pengawas yang memberi tunjuk ajar hingga aku mengubah kenyataan tidak akan jadi lagi kepada akan jadi lagi, Insya'Allah tahun depan akan jadi lebih baik.