Thursday, July 16, 2009

KONVO ALONG

Syukur Along telah dapat menamatkan pengajian


di Universiti Sains Malaysia,


TAHNIAH BUAT ALONG,


SEMOGA ADIK-ADIK AKAN MENGIKUTJEJAK LANGKAH MU.

KAYA HATI

Aku ingin menjadi yang terbaik ,terbaik pada hati nurani.
Jika mampu aku ingin menjadi pohon di bukit yang tinggi.
Jika tidak ,cukuplah menjadi rumput......
tapi biarlah rumput yang hijau di muka bumi..

PESANAN UNTUK ANAKANDA SEMUA

BAGAIMANA MENDIDIK SIFAT PEMURAH?

Bersedekah secara istiqomah walaupun 10 sen
Selain sedekah Fatihah untuk yang telah meninggal dunia
Turut serta dalam solat jenazah bila berpeluang
Suka belanja kawan makan
Hadiahkan kawan alat tulis bila ada lebih
Beri sumbangan kepada peminta sedekah, jangan persoalkan.

Wednesday, July 15, 2009

ANAK KEBANGGAAN.- DI RANTAU ORANG.






ASILAH, PUTERI KE-4

Satu-satu puteri yang telah berjaya
menyambung pengajian di luar negara.
Pennsylvania State University tempat belajarnya.
Semoga ada yang akan menyusul selepasnya....

Biarpun jauh beribu batu,
tak pernah ku lupa setiap ketika,
Rindu di hati sepanjang masa.
Pesanan tak pernah dilupa
Jagalah diri walau di manapun berada...

AQILAH YANG CERDIK



Aqilah, Puteri ke 8
yang periang dan berwawasan
Tinggi angan-angan dan harapan
Keyakinan dan kesungguhan dalam mencuba
sesuatu sentiasa jadi kebanggaan macam kakak-kakaknya
Semoga jadi orang terbilang...

BABY KESAYANGAN

Baby kesayanganku yang paling banyak berkorban
berani dan tabah menjadi pegangan
rela ku tinggal-tinggalkan
biarpun seharian aku ibunya tidak kelihatan
dipandangan....

PENGORBANAN

Semasa menyertai expo produk herba


PENGORBANAN

Setiap yang indah akan lebih indah lagi
jika untuk mencapainya dengan melalui
onak dan duri di sepanjang perjalanannya
Tiada sesuatu perkara yang mudah
melainkan segalanya perlukan
Pengorbanan yang bukit sedikit....